Rukun Nikah
1. Pengantin lelaki (Calon Suami)
2. Pengantin perempuan (Calon Isteri)
3. Adanya Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan Qabul (akad nikah)
Syarat-Syarat
Sah Nikah
1. Islam
2. Lelaki yang tertentu
3. Bukan mahram dengan bakal isteri
4. Bukan dalam ihram haji atau umrah
5. Dengan kerelaan sendiri (tidak sah
jika dipaksa)
6. Mengetahui wali yang sah bagi akad
nikah tersebut
7. Mengetahui bahawa perempuan itu boleh
dan sah dinikahi
8. Tidak mempunyai empat orang isteri yang
sah dalam satu masa.
b)
Syarat-Syarat
Bakal Isteri
1. Islam
2. Bukan seorang khunsa
3. Perempuan yang tertentu
4. Tidak dalam keadaan idah
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Dengan rela hati (bukan dipaksa
kecuali anak gadis))
7. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
8. Bukan isteri orang atau masih ada
suami
Syarat Wali
1. Adil
2. Islam
3. Baligh
4. Lelaki
5. Merdeka
6. Tidak fasik, kafir atau murtad
7. Bukan dalam ihram haji atau umrah
8. Waras – tidak cacat akal fikiran atau
gila
9. Dengan kerelaan sendiri dan bukan
paksaan
10. Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali.
Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah
pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik
beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan
hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-Jenis
Wali
1. Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa)
mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya
dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal
isteri yang hendak dikahwinkan)
2. Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
3. Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika
ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad
lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
4. Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak
berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan
sebab-sebab tertentu
Syarat-Syarat
Saksi
1. Islam
2. Lelaki
3. Baligh
4. Berakal
5. Merdeka
6. Sekurang-kurangya dua orang
7. Memahami kandungan lafaz ijab dan
qabul
8. Dapat mendengar, melihat dan bercakap
(tidak buta, bisu atau pekak)
9. Adil (Tidak melakukan dosa besar dan
tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
10. Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa
saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia
mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi
saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang
sepatutnya menjadi wali.)
Syarat-Syarat
Ijab Dan Qabul
Syarat Ijab
1. Pernikahan hendaklah dengan perkataan
nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang dan tepat.
2. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti
ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam
nikah kontrak/mutaah)
3. Tidak secara taklik. Tiada sebutan
prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan
4. Tidak boleh menggunakan perkataan
kiasan dan sindiran.
5. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
* Contoh lafaz ijab:
“Daku nikahkan dikau dengan ….. binti ….
(sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”
Syarat Qabul
1. Lafaz Qabul (terima)
hendaklah sesuai dengan lafaz ijab
2. Hendaklah terang dan nyata, bukan
kiasan.
3. Dilafazkan oleh bakal suami atau
wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
4. Tidak diikatkan atau mengandungi
perkataan yang terbatas tempoh waktunya
5. Tidak secara taklik (tiada
sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
6. Menyebut nama bakal isteri
7. Tidak diselangi dengan perkataan
lain.
* Contoh lafaz qabul (akan dilafazkan oleh bakal suami) :
i) “Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin
perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”
ATAU
ii) “Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin
perempuan) sebagai isteriku.”
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar